Alhamdulillah...setelah lebih kurang 2 tahun setengah, akhirnya habis jugak pengajian kami kat UiTM Kedah dalam Dilpoma Pengurusan Maklumat / Diploma in Information Management IM 110....segalanya berjalan lancar...
Habis ja final paper, ramai kawan2 yang terus balik....ada yang sempat jumpa, ada yang tak.....yang sempat jumpa tu pulak, biasalah pasti berat hati nak berpisah, sampai menangis-nangis....lumrah manusia...tapi betul jugak, berpisah sekarang, entah bila la kami semua akan dapat jumpa lagi. kan??...rasa sekejap sangat 2 tahun setengah tu...rasa macam semalam ja kami semua mula2 berjumpa....
Banyak yang dah kami blajaq, banyak jugak yang kami lupa...haha.....bila dah grad nanti, dah keja nanti, kita still ingat lagi ka kat kawan2 yang lain? in sha Allah ingat.....satu kelas tu dah macam satu family, ada yang tua ada yang muda, semua dengan perangai masing2....ketegaq, panas baram, senyum memanjang, innocent ,keibuan, kebudak-budakkan, nobita, hot setapp, alim, zalim (ada kaa??), bercintan cintun, cinta 3 segi, bertepuk sebelah tangan etc...haha complete lah kiranya....tu yang best dalam KIM 110 B....harap kita semua akan saling ingat mengingati....
2 tahun setengah...dah cukup untuk kita kenal hati budi masing2,...Suka duka yangkita lalui...bergelak ketawa, bergaduh berperang berbalah, mengutuk mengata memuji, sengkang mata tak tidoq buat assignment last minute, berdrama ber-dinner bersukan ber-trip bagai...haha..di sini la kami belajar berdikari dan menimba pengalaman....dan ia pastinya akan jadi kenangan terindah buat kami semua...

























