Assalamualaikum...apa khabaq semua...huhu ni nak kongsi sedikit pengalaman masa Ekspedisi ke Taman Negara Pulau Pinang masa cuti mid-sem haritu...ekspedisi ni berlansung pada 25 Disember 2012, of course kat Taman Negara Pulau Pinang yang terletak dekat2 Teluk Bahang...
Ahli2 yang terlibat dalam dalam kembara ni cuma 6 orang saja...iaitu kawan2 baik aku dri zaman sekolah (Syafiq, Fauzi, Din,Khuzairi,Rizuan)...semua lelaki..nak ajak kawan2 perempuan, semua busy dengan hal masing2...
Ahli2 yang terlibat dalam dalam kembara ni cuma 6 orang saja...iaitu kawan2 baik aku dri zaman sekolah (Syafiq, Fauzi, Din,Khuzairi,Rizuan)...semua lelaki..nak ajak kawan2 perempuan, semua busy dengan hal masing2...
Aktiviti dimulai dengan semua ahli berkumpul kat rumah Fauzi...ikut plan nak pi pukul 7.30 pagi, tapi last2 8.30 pagi jugak la bergerak ke destinasi, since Din & Rizuan baru bangun tidoq & breakfast..kami yang lain x breakfast pun...punya semangat....bila semua dah berkumpul, kami pun mulakan kembara..ikut jalan Balik Pulau yang dah di-upgrade tuh...huhu
Kat Balik Pulau kami sempat laa berehat sat sambil menikmati permandangan dari puncak bukit...


Setelah melalui jalan balik pulai yang berliku-liku, yang penuh dengan dusun durian, yang ramai orang dok cycling , kami pun sampai kat Empangan Teluk Bahang...sekali lagi kami berhenti berehat ( bagi menghilangkan rasa pening2 jalan berliku-liku)...
Lepas beredar dari Empangan Teluk Bahang, kami singgah sat kat Taman Rimba...ala bawah empangan tu ja pun..huhu..kami sempat la jalan2 dalam taman tu..tempat tu dulu ditutup, tapi sekarang dah dibuka semula setelah dipulihara dan di-upgrade...tinjauan mendapati ok laa dari dulu....masuk free..kat Taman Rimba ni sesuai untuk perkhemaha, joging dan mandi-manda....jom tengok2...
Dah puas jalan2, kami pun terus bergerak ke destinasi utama...lbih kurang 1km dari Taman Rimba ni...
tadaaa...dah sampai pun..lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi laa...nak masuk taman ni, kna check-in - tulis nama di kaunter perkhidmatan maklumat, untuk tujuan keselamatan pengguna..masuk free ja....taman ni dibuka dari 8.00 pg sampai 5.00 ptg..kami siap bli tiket untuk canopy walk kat dlam nanti...sorg RM5, tapi Syafiq yang belanja...huhu.... dah siap daftar, kami pun mula la aktiviti Jungle Trekking....


Merujuk pada map di atas, kami berjalan kaki meredah hutan panjat turun naik batu bonggol bagai semua dari point A sampai laaaa Point D...ha kira la sndiri brapa kilometer kami kembara...huhu..


Baru jalan brapa ratus meter, terjumpa plak buaian2 ni...huh apa lagi, kami pun jadi budak2 la sat..maklumlaa kat umah takda benda2 macam ni...haha...dan stelah berjalan lebih kureng 1km, sampailah kami di canopy walk...hmm..tak la tinggi sangat, lebih kurang macam rumah flat tingkat 4....best la jugak naik natang nii...haha...dimulakan dengan Khuzairi jalan dulu, diikuti Rizuan, Fauzi, Din, Ijat dan Syafiq last skali...jalan atas canopy ni tak blek jalan ramai2 sekaligus, kang tak pasai runtuh canopy tuu....jarak selamat setiap orang ialah 5 meter...memandangkan Din depan aku dan Syafiq belakang sekali, doirang memang saja hayun2 goyang2 canopy tu nak takutkan aku...haha tak takut pun...





Kami semua berjaya mendarat dengan selamat..haha...pendek ja canopy dia...seterusnya destinasi kami ialah ke Teluk Duyung @ Monkey Beach, lebih kurang 2.5 km dari canopy walk ni...kembara berbagai halangan diteruskan lagi nampaknya....antara benda2 menarik yang ditemui ialah biawak besar tengah makan ikan, beruk yang tiba2 muncul tatkala kami take 5, sekumpulan manusia dengan baju pink yang tertera " Sertailah BN" di belakang, dan yang paling dashat, seorang makcik berpakaian jubah yang turut panjat naik turun redah hutan...hebat,,





ni ada tempat menarik yang kami singgah...tak tau la apa nama dan fungsi tempat ni...tapi macam best jaa kami main....haha

Dan lebih kurang pada jam 1.00 tgh hari kami pun sampailah di Monkey Beach....memang penat sangat...tp memang ramai orang kat pantai ni...diorang naik bot rupanya...patut la kami x selisih ramai orang kat hutan tadi..haha....aku dan Fauzi dah tak larat nak teruskan, tapi Syafiq, Din Rizuan dan Khuzairi still lagi bersemangat....sampai2 ja pantai, diorg terus meneruskan perjalanan masuk ke hutan untuk ke Rumah Api yang sejauh 1 km dari Monkey beach...hah kena call bru diorang patah blek...

kami sempat la main2 air, nak mandi, dah baju spare tak bawak pulak...haha...sini ramai orang buat family day, sukan air macam motorbot, banana bot..jemur2 badan....dekat sejam kami rehat2 kat pantai, kami pun dah nak beransur balek, since dekat 3 jam redah hutan baru sampai pantai...klu balek lewat, nanti sampai hari dah gelap pulak...dan...masa berjalan nak balik2, ada brader tu pulak pujuk ajak naik bot dia...keluaq habis taktik dia - kita org kampung laa...kesian kat kami penat jalan laa....sedara mara laa....dan kami pun termakan pujukan dia...since kami pun memang penat...haha
maka terbanglah duit seorang RM10 untuk tambang bot tuu...hmm...10 minit ja dah sampai jeti kat pintu masuk taman negara...daripada berjalan 3 jam....haha..dan berakhirlah kembara kami......ni baru separuh dari Taman Negara Pulau Pinang yang kami teroka,ada lagi separuh yang belum kami teroka.....
In Sha Allah...ada rezeki, kami sambung teroka langi di masa akan datang...
Jumpa lagi !!!!!






































