Tuesday, 23 April 2013

Tamat Diploma Pengurusan Maklumat

Alhamdulillah...setelah lebih kurang 2 tahun setengah, akhirnya habis jugak pengajian kami kat UiTM Kedah dalam Dilpoma Pengurusan Maklumat / Diploma in Information Management IM 110....segalanya berjalan lancar...

Habis ja final paper, ramai kawan2 yang terus balik....ada yang sempat jumpa, ada yang tak.....yang sempat jumpa tu pulak, biasalah pasti berat hati nak berpisah, sampai menangis-nangis....lumrah manusia...tapi betul jugak, berpisah sekarang, entah bila la kami semua akan dapat jumpa lagi. kan??...rasa sekejap sangat 2 tahun setengah tu...rasa macam semalam ja kami semua mula2 berjumpa....

Banyak yang dah kami blajaq, banyak jugak yang kami lupa...haha.....bila dah grad nanti, dah keja nanti, kita still ingat lagi ka kat kawan2 yang lain? in sha Allah ingat.....satu kelas tu dah macam satu family, ada yang tua ada yang muda, semua dengan perangai masing2....ketegaq, panas baram, senyum memanjang, innocent ,keibuan, kebudak-budakkan, nobita, hot setapp, alim, zalim (ada kaa??), bercintan cintun, cinta 3 segi, bertepuk sebelah tangan etc...haha complete lah kiranya....tu yang best dalam KIM 110 B....harap kita semua akan saling ingat mengingati....

2 tahun setengah...dah cukup untuk kita kenal hati budi masing2,...Suka duka yangkita lalui...bergelak ketawa, bergaduh berperang berbalah, mengutuk mengata memuji, sengkang mata tak tidoq buat assignment last minute, berdrama ber-dinner bersukan ber-trip bagai...haha..di sini la kami belajar berdikari dan menimba pengalaman....dan ia pastinya akan jadi kenangan terindah buat kami semua...

In sha Allah, semoga Allah S.W.T. mempertemukan semula kita semua suatu hari nanti...dan sehingga itu, keep in touch...and take care of yourself ya saudara2ku sekalian...thanks for da sweet memories :')

Saturday, 2 February 2013

Tangga Kenari Kami Mari !!!!

      Assalamualikum...haha apa khabaq semua..lama tak update blog...almaklumla busy dengan final sem diploma nih...huhu...ni nak cerita sikit tentang aktiviti terkini yang aku join ( tak la terkini pon, sebab dah lama berlalu - 20 Januari 2013 tapi skrg baru nak post )...iaitu akitivit MENDAKI TANGGA KENARI di Titi Hayun di Yan (kot) , Kedah Darul Aman....

        Aktiviti yang dijalankan just panjat tangga tu ja pon...TAPI....tinggi ooo....Ia dipanggil Tangga 1000...sebab? entahlah...ada yang cakap 1000 anak tangga, ada yang cakap 1000 meter aras laut....hmm sangat tak pasti sebabnya....anyway yang join kembara ni just bebudak rumah sewa aku ja.. iaitu Shahmi, Hedzir, Ku....dan aku....   


Kembara ni dimulakan lepas Zohor..lepas lunch...dalam pukul 3 kami bertolak la dari rumah... sampai di Titi Hayun jam 3.45 petang .Titi Hayun tu ialah tempat orang beriadah macam mandi sungai, joging, exercise dan lain2..kami just berpakaian macam nak pi berkelah ja..ngan seliparnya.haha..kami terus mula la mendaki tangga tuu...ni first time untuk aku, sebab Shahmi, Hedzir & Ku dah pernah naik dah sebelum nii....aku expect tangga ni straight jaa macam tangga Batu Caves nuh...tapi tak...sini tangga dia berliku-liku dan curam....dan takda besi pemegang kat tepi kiri kanan...kena hati2 laa....halangan yang ada ialah, mengah2
 ( lama tak exercise), stok air habis dan pokok2 tumbang menghalang jalan....huhu















Sampai di pondok rehat ni maknanya habislah sudah Tangga Kenari kami panjat...dalam jam 4.30 petang camtu laa sampai...penat habaq hang...haha...OPPPSSS...tak habih lagi noh...haha...dah habis rehat kami teruskan kembara pulak meredah hutan untuk ke puncak bukit....tak ada jalan khusus untuk ke puncak bukit, just denai2 ja yang ada...

TAPI serious best sangat....menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi...menghirup udara yang segar...walaupun dalam hutan, still lagi dapat dengar azan Asar loud and clear...lansung tak rasa penat sebab udara kat situ segar...makin aktif pulak kami ni jadinya...tapi agak freak bila kami ja yang ada dalam hutan tu..huhu...bajet nak sampai ke puncak laa, tapi menurut pengalaman Ku, beliau mula kembara sesudah subuh baru la sampai ke puncak pada waktu lewat petangnya.... dah tu yang kami ni mula panjat bukit time2 Asar, bila nak sampainya ??? haha jadi terpaksa la separuh jalan jaa..hmm..paling sedih Shahmi la...hajat ke puncak tak kesampaian...masih ada lain kali ya bro :))))










Nak balik pun berhalangan jugak...nak turun bukit dengan tangga tu agak bahaya sebab curam..kena stanby kayu untuk support...tapi Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke bawah..habis ketaq kaki2 nih..jalan pun terhuyung hayang..haha..dan paling best, Ku belanja makan mee goreng basah2..sedapp habaq hang...terima kasih ya Ku...huhu



~ sekian sajalah...sampai ketemu nanti ~
p/s jangan tanya kenapa aku asyik pakai baju yang sama...its my favourite

Friday, 28 December 2012

Ekspedisi ke Taman Negara Pulau Pinang

Assalamualaikum...apa khabaq semua...huhu ni nak kongsi sedikit pengalaman masa Ekspedisi ke Taman Negara Pulau Pinang masa cuti mid-sem haritu...ekspedisi ni berlansung pada 25 Disember 2012, of course kat Taman Negara Pulau Pinang yang terletak dekat2 Teluk Bahang...

Ahli2 yang terlibat dalam dalam kembara ni cuma 6 orang saja...iaitu kawan2 baik aku dri zaman sekolah (Syafiq, Fauzi, Din,Khuzairi,Rizuan)...semua lelaki..nak ajak kawan2 perempuan, semua busy dengan hal masing2...
Aktiviti dimulai dengan semua ahli berkumpul kat rumah Fauzi...ikut plan nak pi pukul 7.30 pagi, tapi last2  8.30 pagi jugak la bergerak ke destinasi, since Din & Rizuan baru bangun tidoq & breakfast..kami yang lain x breakfast pun...punya semangat....bila semua dah berkumpul, kami pun mulakan kembara..ikut jalan Balik Pulau yang dah di-upgrade tuh...huhu

Kat Balik Pulau kami sempat laa berehat sat sambil menikmati permandangan dari puncak bukit...




Setelah melalui jalan balik pulai yang berliku-liku, yang penuh dengan dusun durian, yang ramai orang dok cycling , kami pun sampai kat Empangan Teluk Bahang...sekali lagi kami berhenti berehat ( bagi menghilangkan rasa pening2 jalan berliku-liku)...


Lepas beredar dari Empangan Teluk Bahang, kami singgah sat kat Taman Rimba...ala bawah empangan tu ja pun..huhu..kami sempat la jalan2 dalam taman tu..tempat tu dulu ditutup, tapi sekarang dah dibuka semula setelah dipulihara dan di-upgrade...tinjauan mendapati ok laa dari dulu....masuk free..kat Taman Rimba ni sesuai untuk perkhemaha, joging dan mandi-manda....jom tengok2...
 

 

 

 

 

 

 

Dah puas jalan2, kami pun terus bergerak ke destinasi utama...lbih kurang 1km dari Taman Rimba ni...
tadaaa...dah sampai pun..lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi laa...nak masuk taman ni, kna check-in - tulis nama di kaunter perkhidmatan maklumat, untuk tujuan keselamatan pengguna..masuk free ja....taman ni dibuka dari 8.00 pg sampai 5.00 ptg..kami siap bli tiket untuk canopy walk kat dlam nanti...sorg RM5, tapi Syafiq yang belanja...huhu.... dah siap daftar, kami pun mula la aktiviti Jungle Trekking....
 

 

Merujuk pada map di atas, kami berjalan kaki meredah hutan panjat turun naik batu bonggol bagai semua dari point A sampai laaaa Point D...ha kira la sndiri brapa kilometer kami kembara...huhu..
 

 

Baru jalan brapa ratus meter, terjumpa plak buaian2 ni...huh apa lagi, kami pun jadi budak2 la sat..maklumlaa kat umah takda benda2 macam ni...haha...dan stelah berjalan lebih kureng 1km, sampailah kami di canopy walk...hmm..tak la tinggi sangat, lebih kurang macam rumah flat tingkat 4....best la jugak naik natang nii...haha...dimulakan dengan Khuzairi jalan dulu, diikuti Rizuan, Fauzi, Din, Ijat dan Syafiq last skali...jalan atas canopy ni tak blek jalan ramai2 sekaligus, kang tak pasai runtuh canopy tuu....jarak selamat setiap orang ialah 5 meter...memandangkan Din depan aku dan Syafiq belakang sekali, doirang memang saja hayun2 goyang2 canopy tu nak takutkan aku...haha tak takut pun...
 

 

 

 

 



Kami semua berjaya mendarat dengan selamat..haha...pendek ja canopy dia...seterusnya destinasi kami ialah ke Teluk Duyung @ Monkey Beach, lebih kurang 2.5 km dari canopy walk ni...kembara berbagai halangan diteruskan lagi nampaknya....antara benda2 menarik yang ditemui ialah biawak besar tengah makan ikan, beruk yang tiba2 muncul tatkala kami take 5, sekumpulan manusia dengan baju pink yang tertera " Sertailah BN" di belakang, dan yang paling dashat, seorang makcik berpakaian jubah yang turut panjat naik turun redah hutan...hebat,,
 

 

 

 
 

ni ada tempat menarik yang kami singgah...tak tau la apa nama dan fungsi tempat ni...tapi macam best jaa kami main....haha

 
Dan lebih kurang pada jam 1.00 tgh hari kami pun sampailah di Monkey Beach....memang penat sangat...tp memang ramai orang kat pantai ni...diorang naik bot rupanya...patut la kami x selisih ramai orang kat hutan tadi..haha....aku dan Fauzi dah tak larat nak teruskan, tapi Syafiq, Din Rizuan dan Khuzairi still lagi bersemangat....sampai2 ja pantai, diorg terus meneruskan perjalanan masuk ke hutan untuk ke Rumah Api yang sejauh 1 km dari Monkey beach...hah kena call bru diorang patah blek...
 

kami sempat la main2 air, nak mandi, dah baju spare tak bawak pulak...haha...sini ramai orang buat family day, sukan air macam motorbot, banana bot..jemur2 badan....dekat sejam kami rehat2 kat pantai, kami pun dah nak beransur balek, since dekat 3 jam redah hutan baru sampai pantai...klu balek lewat, nanti sampai hari dah gelap pulak...dan...masa berjalan nak balik2, ada brader tu pulak pujuk ajak naik bot dia...keluaq habis taktik dia - kita org kampung laa...kesian kat kami penat jalan laa....sedara mara laa....dan kami pun termakan pujukan dia...since kami pun memang penat...haha
maka terbanglah duit seorang RM10 untuk tambang bot tuu...hmm...10 minit ja dah sampai jeti kat pintu masuk taman negara...daripada berjalan 3 jam....haha..dan berakhirlah kembara kami......ni baru separuh dari Taman Negara Pulau Pinang yang kami teroka,ada lagi separuh yang belum kami teroka.....
In Sha Allah...ada rezeki, kami sambung teroka langi di masa akan datang...

Jumpa lagi !!!!!